Salam Eidul-Adha 1435H

Waktu saya kecil dahulu, saya kurang mengerti apa yang seronoknya dengan Raya Korban. Tiada duit raya, tiada kuih raya, tiada kunjung-mengunjung yang semeriah Raya Puasa. Mungkin kerana saya tidak dilibatkan dalam kerja-kerja sembelihan korban, maka saya pun merasakan kurang meriah Raya Korban waktu saya kecil dahulu. Jiwa budak-budak, nak meriah,

Read More

Tak selalu dapat naik kapalterbang

Menakjubkan, bila dapat merasai pengalaman menaiki kapalterbang. Alhamdulillah, tahun ini, merasa lagi saya peluang naik kapalterbang. Tahun lepas jarak penerbangannya singkat sangat, 45 minit. Kali ini jarak penerbangan jauh, 5 jam, Kuala Lumpur ke Karachi, Pakistan. Pengalaman lepas mengajar saya supaya berada di Lapangan Terbang 2 jam lebih awal dari

Read More

5 bahasa kasih sayang kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa, kita mesti memberi nafkah kepada anak-anak. Nafkah dari segi fizikal, akal, emosi dan hati. Dari segi fizikal, nafkahnya tidak susah difahami, seperti makan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Dari sudut akal / intelektual pula, pelajaran dan pemikiran. Manakala dari segi hati, nafkahnya berbentuk pengisian rohani.

Read More

Video Korporat, guna After Effects

Sewaktu di bengkel edit video tempoh hari, saya ada berbual dengan seorang peserta yang ada pengalaman membuat video (compose video). Dia menggunakan perisian Adobe After Effects. Saya berminat untuk tahu lebih lanjut. Berbual dengan dia, saya dapat banyak maklumat. Saya cuba untuk membuat video korporat untuk organisasi tempat saya bekerja.

Read More

Menarik

Thursday, 27 October 2011

Setelah lebih dua bulan rakan baik Abdul Lokman bergelar bapa, baru tadi dapat saya ziarah dan melihat sendiri kecomelan anak perempuannya, yang diberi nama Hanani Yusna. Moga sihat, dan dalam naungan Allah sentiasa, buat Bedul sekeluarga. :)

Kami dahulu satu sekolah menengah, SMK(A) Sultan Muhammad, kemudiannya berkongsi bilik semasa di kolej penginapan Keris Mas, UKM.

Masa yang berlalu, begitu pantas, tak sedar sungguh. Masing-masing dah bergelar bapa. Kalau dulu hanya risaukan tentang pengajian, kini, kerisauan bukan takat itu sahaja, risau sudah bercampur gaul dengan pelbagai lagi rencam kehidupan berkeluarga.