• sate kebab akmal4
  • bowling vp cup edit video premiere pro
  • sportrim motor ex5 kena paku

RinganTangan.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke laman web RinganTangan.com. Di laman ini, saya berkongsi perkara-perkara yang saya minat dan perkara-perkara yang saya fikir boleh sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih atas kunjungan anda. :) Entri Terkini

Tabungan

Idea yang terlintas, perlu terus ditulis, jika tidak, ianya akan luput hanyut ditelan Timeline Twitter atau News Feed Facebook.

Blog Section
Sunday, 11 March 2012 10:47

Joomla! Menerbitkan artikel.

Mungkin ada yang sedia maklum, saya menggunakan perisian Joomla! untuk membina blog ini. Ramai (boleh dikatakan majoriti) penulis blog (blogger) yang gemar menggunakan perisian Wordpress untuk mengendalikan blog mereka. Jadi, mengapa saya memilih Joomla! pula?

 

Saya fikir, mungkin kerana saya sukakan cabaran mempelajari benda baru. Kali ini saya ingin kongsikan cara-cara untuk menerbitkan artikel menggunakan Joomla! Artikel ini ditujukan kepada mereka yang baru pertama kali mahu menggunakan Joomla! Buat anda yang sudah mahir, mohon kongsi bersama ilmu yang anda ada. :)

 

 

 

 

Langkah pertama sebelum menulis artikel, kita mesti mengelaskan kategori-kategori yang akan kita gunakan untuk mengelaskan artikel-artikel kita dalam kategori tertentu. Contohnya, kita wujudkan kategori makanan, untuk semua artikel yang berkaitan dengan makanan. Kategori kembara, untuk artikel-artikel yang berkaitan dengan jalan-jalan, dan seterusnya. Berapa banyak kategori yang kita perlu buat? Terpulang, tiada had maksimum, tapi mesti ada sekurang-kurangnya 1 kategori.

 

Selepas itu, bolehlah kita tulis artikel, pilih kategori, setkan publish, kemudian save. Lihat pada laman web, tiada artikel yang keluar? Mungkin anda belum set menu default untuk paparan pada laman web.

 

 


 

Untuk bahagian Menu, saya fikir elok saya cerita pada artikel yang lain. Buat masa ini, cukuplah setakat ini dahulu. Tapi sekiranya anda bersemangat untuk belajar dengan lebih laju lagi, dengan pantas, sila dapatkan e-book percuma untuk panduan bagi orang baru dalam Joomla! di sini http://cocoate.com/2012/02/joomla-25-beginners-guide. Semoga berjaya. :)

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS
Read 1880 times Last modified on Thursday, 15 March 2012 21:53
RinganTangan

Seorang abah yang perlu banyak belajar, moga menjadi contoh yang baik buat anak dan keluarga. Penjual Sate Kebab Akmal sejuk beku, sepaket RM15.

Whatsapp saja saya di 017-6657605, kalau ada apa-apa kemusykilan. :)

Website: www.ringantangan.com Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Ada kamera? Mencari peluang buat bisnes fotografi? Ini ada panduan lengkap buat bisnes fotografi.