ringantangan.com

Ringankan Tangan, coretan kisah belajar cuba jaya

Saturday, 10 December 2011 21:24

Abah tak sihat

Written by 

Abah dan Naufal pada Oktober yang lalu.


Saya di Karachi waktu itu. Mendapat perkhabaran hanya dari adik dan isteri dari Melaka. Minggu ke-2 saya di Karachi. Pagi itu, abah dan adik bongsu (Zul) pergi ke Pasar Borong Melaka. Pulang dari Pasar Borong, tiba-tiba abah mengalami sesak nafas. Terus saja Zul bawa abah ke Klinik Dr. Azman. Melihatkan keadaan abah yang agak serius, terus diarahkan pergi ke Hospital Melaka.

Abah ditahan di wad untuk beberapa hari. Doktor mahu memeriksa lebih lanjut. Hasil dari pemeriksaan, abah dilaporkan ada masalah kolesterol tinggi. Mungkin itu yang mencetuskan serangan jantung abah yang membawa kepada sesak nafas. Abah dibenarkan pulang ke rumah. Keadaan abah agak lemah, abah banyak berehat.

Saya yang berada di Karachi waktu itu, gundah gulana. Hanya doa dan solat hajat, mengharapkan belas kasih Yang Maha Pengasih. Kasihanilah abah sebagaimana abah mengasihaniku diwaktu kecil.. Ameen.

Abah didatangi lagi serangan jantung pada hari Sabtu yang lepas. Lagi 3 hari untuk saya pulang ke Malaysia. Hati sangat sayu. Risau. Moga abah baik dalam jagaan pihak Hospital Melaka. Abah ditahan wad untuk 4 hari hingga hari Selasa. Saya tiba di KLIA dari Karachi pada hari Selasa, pukul 8:10 pagi waktu Malaysia. Terus sahaja Zul yang mengambil saya dari KLIA memecut laju ke Hospital Melaka.

Lega sungguh hati melihatkan abah yang berehat lemah di katil pesakit. Luruh hati melihatkan mak yang setia menunggu di samping abah. Alhamdulillah, abah dibenarkan pulang, insyaAllah, akan datang semula ke Hospital Melaka untuk rawatan dan pemeriksaan susulan. Sekarang abah di rumah, berehat. Aktiviti luar rumah, jemputan kenduri jiran kampung, terpaksa ditolak. Moga kesihatan abah makin bertambah baik.

Allah, panjangkanlah umur abah, sihatkanlah tubuh badannya, agar dapat abah beribadah kepadaMu. Ameen.

Read 504 times Last modified on Saturday, 21 April 2012 15:34
Amirul Faiz

Seorang anak yang berusaha mencari redha ibu ayahnya. Seorang suami yang bahagia disamping isteri mengharungi suka duka kehidupan. Seorang abah yang perlu banyak belajar, moga menjadi contoh yang baik buat anak.

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya. Andai ada sebarang komen / teguran / maklumbalas, silalah coretkan di ruang komen Disqus di bawah.

blog comments powered by Disqus

Kami

  • Seorang anak yang berusaha mencari redha ibu ayahnya. Seorang suami yang bahagia disamping isteri mengharungi suka duka kehidupan. Seorang abah…
  • Nurul Asyikin nama diberi. Asal dari Paloh 3, Gua Musang, Kelantan. Berusaha menjadi isteri solehah kepada Amirul Faiz. Belajar dan…

Twitter @amiroulfaiz