Motorsikal, tayar tanpa tiub (tubeless)

Mulanya saya agak berkira untuk menukar kepada tayar tubeless. Akan tetapi, disebabkan motorsikal saya telah pancit lebih 3 kali dalam bulan Januari sahaja, maka saya nekad untuk bertukar kepada tayar tubeless. Ada sebuah kedai barangan motorsikal di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi yang dicadangkan oleh seorang rakan saya. Harga berpatutan

Read More

Belajar masak nasi

Tiba-tiba tergerak hati, meringankan tangan, membantu isteri masak. Nak masak lauk, tak cekap lagi. Masak nasi, bolehlah sikit-sikit. Saya kongsikan di sini apa yang saya belajar. Cara memasak nasi atas dapur gas. Bukan menggunakan periuk nasi elektrik.

Read More

Ulasan Novel Keimanan Cinta.

Novel Tarbiah terbitan Galeri Ilmu ini dinukil oleh Munie Asra. Terpikat untuk membelinya kerana terpandangkan iklan drama Keimanan Cinta dalam Majalah Anis. Akan tetapi, tiada peluang menonton siri drama Keimanan Cinta kerana kami tidak melanggan siaran AStro. Namun begitu, puas juga dapat membaca dan menghayati karya ini.

Read More

Berkelah di Sagil

Di Melaka, tiada air terjun untuk kita berkelah. Air terjun paling dekat dan selalu disebut ialah Sagil. Tempat rekreasi yang terletak di Gunung Ledang. Kali terakhir kami sekeluarga berkelah ialah sekitar tahun 2007. Cuti tahun baru 2013 memberi peluang untuk kami sekeluarga berkelah di Sagil.

Read More

Seminar Buat Duit dengan Blog. Lihat Semula

Sebuah seminar yang membariskan blogger-blogger yang berpengalaman luas dalam bidang menjana pendapatan dari dunia blog. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti seminar seperti ini. Seminar diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, dan dihadiri oleh seramai 180 orang peserta. Majoriti peserta, adalah blogger.

Read More

Menarik

Ikut Rombongan Bertunang

Sunday, 09 October 2011

Peluang dapat duduk sama dengan orang tua-tua dalam majlis pertunangan tadi, memberi rasa seperti saya ini sudah tua juga. Pun begitu, banyak juga yang dapat saya pelajari. Dalam bab-bab menyatukan keluarga ini, bukan kedua belah keluarga sahaja yang terlibat, bahkan satu kampung terlibat. Jadi perjanjian / persepakatan antara kedua belah pihak mesti diterangkan sejelasnya, moga tiada isu yang tidak diingini berbangkit kelak.

Setakat yang pernah saya ikuti, di Melaka, semasa majlis pertunangan ini, wanng hantaran (separuh / keseluruhan) akan diserah kepada pihak perempuan. Jika pihak perempuan mengelak (tak jadi kahwin), maka pihak perempuan mesti memulangkan kesemua wang hantaran yang telah diberi pihak lelaki.

Sekiranya pihak lelaki yang mengelak (tak jadi kahwin), maka kira 'halal' sahaja duit hantaran yang telah diberi kepada pihak perempuan itu.

Dalam hal ini, barulah saya nampak apa pentingnya tugas Pegawai Adat (Tok Sidang).

Ada yang saya dengar, di tempat lain, kalau pihak perempuan mengelak (tak jadi kahwin) pihak perempuan kena pulangkan wang hantaran dan digandakan. Tak pasti berlaku begitu atau tidak.

Apa pun, didoakan, moga pasangan bakal pengantin dapat disatukan dalam ikatan perkahwinan, dan dipermudahkan Allah urusan mereka. Ameen.

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS
Read 1462 times Last modified on Sunday, 09 October 2011
Amirul Faiz

Seorang abah yang perlu banyak belajar, moga menjadi contoh yang baik buat anak dan keluarga. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya.

Website: www.ringantangan.com Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Latest from Amirul Faiz