Amirul Faiz
Seorang anak yang berusaha mencari redha ibu ayahnya. Seorang suami yang bahagia disamping isteri mengharungi suka duka kehidupan. Seorang abah yang perlu banyak belajar, moga menjadi contoh yang baik buat anak. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya.
$10juta USD untuk GM crop
Berdasarkan sebuah artikel siaran BBC, sebuah institut berjaya mendapatkan geran penyelidikan sebanyak 10juta untuk membangunkan Geneticaly Modified Crop (Tanaman Diubah secara Genetik). Kemajuan dalam bidang bioteknologi ini membolehkan manusia memahami tapakjalan (pathway) dalam sesuatu organisma sehingga ke peringkat molekular. Untuk apa para saintis ini berusaha menghasilkan tanaman GM ini?
Kedai makan Restoran Yus
Antara kedai makan yang saya gemar di Bandar Baru Bangi ialah Restoran Yus. Ia terletak di Seksyen 4 tak jauh dari Econsave Jalan Reko.
Anak demam
SMS petang itu mengejutkan saya di tempat kerja. Isteri memberitahu, Naufal demam hingga menggigil satu badan. Terus saya bergerak balik ke rumah. Sampai di rumah, saya terus rasa badan Naufal, memang panas, termometer yang baru sahaja menyukat suhu Naufal menunjukkan 39.2 darjah Celcius. Membimbangkan.
Semua benda boleh jadi mainan
Pada mata si kecil, semunya nampak menyeronokkan. Tak kira tempat mahupun keadaan, semuanya boleh dijadikan permainan. Pada usia Naufal 1 tahun lebih ini, langkah kakinya sudah laju, pergerakan tangan, kepala dan badan sudah nampak semakin cekap. Dia sudah naik satu lagi tahap, memanjat.
Menukar template / theme Joomla!
Setelah agak lama menggunakan template yang percuma, saya berkira-kira sudah tiba masanya untuk saya menukar template, menggunakan template berbayar. Mungkin kerana sudah terlalu lama memerhatikan sahaja templat-templat yang kemas-kemas belaka itu, membuatkan saya tidak sabar mahu mencubanya. Sedikit perkongsian dari saya cara-cara menukar template / theme.
Hujan batu, fenomena jarang berlaku
Memang pernah saya dengar tentang hujan batu berlaku di Malaysia. Tapi agak malang, saya belum pernah lagi melihat sendiri hujan batu turun depan mata, sehinggalah pada minggu lepas. Saya menyaksikan sendiri bagaimana suasana hujan batu. Sebelum ini, saya fikir, hujan batu ialah hujan yang berupa batu, rupanya hujan batu ialah hujan air batu (ais).
Sanggar kerja dan hari keluarga di Tanjung Bungah.
Ini merupakan kali kedua saya berpeluang melawat Pulau Pinang. Kali pertama dahulu kerana kerja, kali kedua ini pun kerana kerja, tapi lebih menyeronokkan kerana dapat bawa isteri dan anak sekali. Program utamanya ialah sanggar kerja Fakulti Farmasi, UKM bagi tahun 2012 ini.
Naufal dah mula nak berceloteh
Gigi Naufal dah banyak tumbuh. Lebih kurang 6 batang, 4 atas, 2 bawah. Dia dah mula mahu berceloteh. Dalam bahasa yang saya tidak faham. Tapi cuba memahami, mungkin ada yang ingin disampaikan, cuma orang dewasa saja yang tak faham. :)
Kek Coklat meraikan abah
Isteri beria benar semalam mengajak saya mencuba resepi Kek Coklat. Memang seronok bila suami-isteri sama-sama melakukan aktiviti, tak kiralah sama ada memasak, mengemas, atau apa sahaja kerja-kerja di rumah. Saya membantu isteri memukul mentega dengan gula, kami tiada mesin membancuh itu, jadi kerja-kerja memukul yang memerlukan kerahan tenaga tangan yang kuat, saya yang bantu. Semuanya berjalan lancar, hinggalah Naufal datang untuk "membantu". :) Terpaksalah saya temankan Naufal, isteri meneruskan langkah seterusnya hingga siap kek dibakar.
Disqus 2012, penambahbaikan terbaik
Saya menggunakan sistem komen Disqus ini sejak dari waktu menggunakan blogspot lagi. Waktu itu, sistem komen blogspot sangat tidak menarik, dari segi rekaan (design) dan fitur (features) yang kurang. Saya beralih kepada Disqus. Walaupun ada banyak lagi sistem komen yang lain, seperti comment-luv, intense-debate, facebook comment dan sebagainya.
Ringantangan.com
Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.
Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".
Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.
Terima kasih, thank you.







