Amirul Faiz

Amirul Faiz

Seorang anak yang berusaha mencari redha ibu ayahnya. Seorang suami yang bahagia disamping isteri mengharungi suka duka kehidupan. Seorang abah yang perlu banyak belajar, moga menjadi contoh yang baik buat anak. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya.

Website URL:

Anak meragam

03 November 2012 Published in Keluarga

Malam kelmarin, puas kami pujuk, Naufal masih kuat menangis. Dia tunjuk isyarat mahu bermain angkat bakul serkup badannya, saya turuti isyaratnya, antara faham dan tidak, dia masih meragam. Kuatnya dia meragam, siap geleng-geleng kepala lagi. Saya cuba pujuk dengan bukakan lampu suluh pada telefon bimbit, masih begitu juga.

Korban di Kampus KL

31 October 2012 Published in Kerja

Masih lagi bercerita tentang majlis ibadah korban. Isnin, 13 Zulhijjah, merupakan hari terakhir untuk kita melaksanakan ibadah korban. Urusetia majlis korban UKM Kampus KL telah merancang dengan rapi untuk melaksanakan ibadah korban pada hari ini. Alhamdulillah, ramai peserta yang mengambil bahagian, termasuk juga peserta yang membuat akikah.

Aidil-Adha, Masjid Tanjung Kling.

30 October 2012 Published in Keluarga

Aidil-Adha pada tahun 1433H ini, jatuh pada hari Jumaat, jawatankuasa Masjid merancang melakukan korban lima ekor lembu pada 11 Zulhijjah 1433H, Sabtu. Seawal pukul 8 pagi, ahli kariah masjid Tanjung Kling telah berkumpul di pekarangan masjid.

Fizikal, bahasa kasih sayang.

25 October 2012 Published in Keibubapaan

Salah satu dari lima bahasa kasih sayang yang dikemukakan Gary Chapman dalam bukunya, ialah fizikal. Kelima-lima bahasa kasih sayang itu, perkataan, fizikal, masa berkualiti, hadiah, khidmat diri tidak mempunyai kelebihan antara satu dengan yang lain, serta tiada tertib kedudukan. Kesemuanya hanyalah cara yang boleh kita pilih untuk menyatakan sayang kepada anak-anak.

5 bahasa kasih sayang kanak-kanak.

23 October 2012 Published in Keibubapaan

Sebagai ibu bapa, kita mesti memberi nafkah kepada anak-anak. Nafkah dari segi fizikal, akal, emosi dan hati. Dari segi fizikal, nafkahnya tidak susah difahami, seperti makan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Dari sudut akal / intelektual pula, pelajaran dan pemikiran. Manakala dari segi hati, nafkahnya berbentuk pengisian rohani.

Nasi goreng cili padi, untuk isteri.

21 October 2012 Published in Masak

Dah lama isteri saya menyatakan hasrat, nak makan masakan saya, tak kiralah walau seringkas mana masakannya. Bab masak-memasak, kelemahan buat saya, mungkin kerana terlalu jarang ke dapur, mungkin juga kerana rasa takut dikritik kerana masakan yang kurang rasa. Bukanlah kebaikan itu dilihat pada hasil akhirnya, tapi pada gerak kerja usahanya. Nabi Nuh 'alaihi salam berdakwah, hasilnya, anak isteri baginda tenggelam bersama mereka yang tidak beriman. Justeru, gerak kerja usaha lebih utama, berbanding hasil.

Sakit gigi

20 October 2012 Published in Keluarga

Ada tak orang yang tidak pernah rasa sakit gigi? Anda pernah rasa sakit gigi? Memang sakit sungguh kan? Gigi geraham belah kiri bawah ni asyik berdenyut, dari malam lagi. Pagi itu saya terus ke klinik gigi. Mujurlah Fakulti Gigi sebelah blok je, terus saya ke sana.

Bagi Naufal Tengok TV

17 October 2012 Published in Keibubapaan

Syukur Alhamdulillah, perniagaan kecil-kecilan kami membekalkan karipap kentang dan sardin ke kantin kampus masih berterusan, dan permintaannya sentiasa ada. Jadi masa kami sekeluarga pada sebelah malam diisi dengan menyediakan karipap sebelum disimpan dalam peti ais dan digoreng pada awal pagi esok harinya. Naufal akan tolong juga ke?

Hari Interaksi, Kenduri Kahwin, Hari Lahir.

16 October 2012 Published in Jalan-jalan

Hujung minggu kali ini sungguh padat dengan jemputan / undangan menghadiri majlis-majlis yang telah diatur. Di kampus, pelajar-pelajar telah merancang perjalanan Hari Interaksi Fakulti Farmasi, UKM. Jemputan kenduri kahwin pula ada dua, satu diundang oleh Pak Ngah, satu diundang oleh bekas pelajar siswazah. Kemudian ada pula undangan ke majlis hari lahir.

Menukar paip sinki

14 October 2012 Published in Kemahiran Hidup

Paip sinki di dapur dah rosak di bahagian ia boleh dipusing-pusing. Sebagai seorang lelaki, adalah menjadi tanggungjawab kita membaikinya. Kerja yang mudah saya fikir. Mula-mula kita kena dapatkan paip sinki yang baru.

Artikel lain

  • Latihan kecemasan, kebakaran & CPR
  • Selamat ulangtahun kelahiran, wahai anakku, Naufal
  • Naufal setelah 8 bulan
  • Arnab tak mahu tidur lagi, cabar kura-kura berlumba pusingan kedua.
  • Benda yang paling jauh, masa yang lepas
  • Naufal, gelak dan kopiah

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Mesej Anda