Makan-makan di Karachi

01 December 2011
Published in Jalan-jalan

Saya mahu berkongsi dengan anda antara menu makanan yang saya makan disepanjang 3 minggu saya berada di Karachi. Saya menginap di Guest House, International Center for Chemical and Biological Sciences (ICCBS). Saya akan poskan entri tentang bilik penginapan saya. Bilik yang disediakan selesa, ada kemudahan internet, makanan juga disediakan. Makanan disediakan di Dining Hall, walaupun namanya Hall, tapi saiznya kecil seperti bilik. Untuk makan tengahari dan juga makan malam, saya perlu bayar 130 Rupee sehari.

Duduk makan bersama cendiakawan

01 December 2011
Published in Kerja

Segan rasanya bila orang yang sarat dengan ilmu ajak makan bersama. Makan tengahari tadi saya diajak menikmati bersama-sama juadah makanan Pakistan bersama dengan tuan guru Dr. Muhammed Ahmed Mesaik dan juga rakan makmal Brother Ahmed serta Brother Omer. Mereka bertiga semuanya dari Sudan. Mereka bertutur dalam Bahasa Arab. Saya hanya menjadi pendengar sahaja. 'Laa astathi' an atakallam billughah al-'arabiah' :D

Tak selalu dapat naik kapalterbang

25 November 2011
Published in Jalan-jalan

Menakjubkan, bila dapat merasai pengalaman menaiki kapalterbang. Alhamdulillah, tahun ini, merasa lagi saya peluang naik kapalterbang. Tahun lepas jarak penerbangannya singkat sangat, 45 minit. Kali ini jarak penerbangan jauh, 5 jam, Kuala Lumpur ke Karachi, Pakistan. Pengalaman lepas mengajar saya supaya berada di Lapangan Terbang 2 jam lebih awal dari waktu penerbangan. Maka kali ini, saya berada di KLIA 3 jam lebih awal. Jadual penerbangan pada pukul 12:40 tengahari.

Artikel lain

  • Budak bermisai putih
  • Benda yang paling jauh, masa yang lepas
  • Ziarah anak saudara.
  • Ulasan Begini, Sayang!
  • Isolating polymorphonucleus cells (PMN)
  • Kek Secret Recipe, kejutan buat isteri.

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Mesej Anda