Keluarga

Keluarga (35)

Kereta Kawalan Jauh. Obses terhadap stering II

18 May 2013 Written by Amirul Faiz
Published in Keluarga

Petang cuti Hari Buruh yang lepas kami bawa Naufal ke Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Ramai keluarga yang beriadah di taman petang itu. Yang menariknya, ada penjual belon buih besar dan penjual sewa kereta kawalan jauh yang boleh diduduki oleh kanak-kanak.

Obses terhadap stering.

01 May 2013 Written by Amirul Faiz
Published in Keluarga

Anak saya, Naufal kini telah berumur 2 tahun. Mainan kegemarannya, daripada yang saya nampak, ialah apa-apa yang ada stering. Tak kiralah kereta mainan ke, atau kereta betul. Di rumah datuk nenek Naufal, ada sebuah van merah kepunyaan adik saya. Setiap kali balik Melaka, pasti Naufal akan ingat nak bermain stering van merah itu.

2 tahun dah nak menulis?

21 April 2013 Written by Amirul Faiz
Published in Keluarga

Mula-mula dia tertarik nak main pen. Lepas tu, dia nak conteng. Conteng atas kertas, conteng atas dinding. Aduhai. Saya pun tunjukkanlah cara menulis ABC, 123, alif ba ta.

Ulangtahun Kelahiran Naufal ke-2

13 April 2013 Written by Amirul Faiz
Published in Keluarga

Segala puji bagi Allah, kerana memberi nikmat kesihatan kepada kami semua. Naufal kini telah berumur dua tahun. Saya dan isteri merasakan, inilah masa yang sesuai untuk menjamu rakan-rakan pejabat, sempena dengan gembiranya kami melihat Naufal semakin sihat membesar.

Naufal yang semakin cerdik

23 March 2013 Written by Amirul Faiz
Published in Keluarga

Anak sulung saya, Naufal hampir mencecah usia dua tahun. Jika mengikut kalendar Hijri, Naufal dah lepas dua tahun, 3 Jamadil'awal 1432H. Naufal dah mula menunjukkan kawalan badan, tangan dan kaki yang bertambah baik. Mulutnya nak berceloteh, tapi sebutannya masih bertatih. Panjat memanjat seperti sebuah aktiviti eksplorasi bagi Naufal.

Tiga tahun berkongsi hidup

16 March 2013 Written by Amirul Faiz
Published in Keluarga

Mengenang kembali angan-angan saya sewaktu bujang dahulu, saya mahu jadi suami, ketua keluarga yang baik. Setelah 3 tahun menjalankan amanah ini, saya melihat kembali jalan-jalan yang telah kami, suami isteri lalui. Ada suka, ada duka, ada rajuk yang mahu dipujuk. Dimana indahnya alam perkahwinan? Pada semakin kuatnya tautan dua hati ini selepas berjaya mengharungi pelabagai bentuk dugaan, dan mudah-mudahan kami bersedia dengan dugaan yang bakal mendatang.

Page 1 of 4

Artikel lain

  • Kek Secret Recipe, kejutan buat isteri.
  • Cuba buat kuih
  • Budak bermisai putih
  • Mandikan Anak
  • Kedai makan Restoran Yus
  • Belajar, untuk lulus peperiksaan sahaja?

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Google Plus Badge