Tanpa udara, kita binasa.

Udara amat penting dalam hidup. Tak percaya? Cuba tanya orang yang dah tak boleh menghirup udara. Saya bergurau. Tanpa udara kita binasa, tanpa udara, kita tersadai dalam perjalanan. Sebenarnya nak cerita tiub motor pancit, tapi pendahuluan macam nak cerita kepentingan udara kepada manusia.

 

Setelah agak lama saya tak mengalaminya, ia datang tak diduga, di waktu yang sangat kritikal, saya perlu tiba sebelum pukul 5, tiba-tiba motor pancit di tengah lebuhraya. Allahuakbar! Nak panggil mekanik, lambat tibanya. Jam sudah pukul 4. Ada kurang dari sejam untuk saya membaiki sendiri tiub motor dan meneruskan perjalanan.

 

Alhamdulillah, tiub yang disimpan dalam kotak Givi masih elok untuk diguna. Peralatan seperti spanar, spanar boleh laras, 2012-07-25-801pengumpil tayar dan lain-lain, masih elok tersimpan. Lantas kerja-kerja menukar tiub pun dilakukan.

 

  1. Langkah 1. Tolak motor ke tempat yang agak selamat di tepi lebuhraya. Cari tempat yang agak luas untuk melakukan kerja-kerja menukar tiub ini.
  2. Langkah 2. Buka helmet, buka jaket, pastikan diri dalam keadaan selesa.
  3. Langkah 3. Buka tayar motor.
  4. Langkah 4. Keluarkan tiub yang dah bocor. Periksa keadaan dalam tayar dengan meraba dengan jari. Cari punca tiub bocor. Mungkin boleh jumpa paku, seperti yang berlaku kepada saya.
  5. Langkah 5. Buang paku (punca kebooran). Masukkan tiub baru. Pam angin hingga cukup.
  6. Langkah 6. Pasang semula tayar.

 

Tak pasti bagaimana nak tukar tiub? Belajarlah dengan mengamati betul-betul, sungguh-sungguh, apabila mekanik di kedai menukar tiub motor anda. Ya, ada juga terfikir untuk menukar ke tayar tanpa tiub (tubeless), tapi peruntukan untuk itu, belum cukup. Moga dengan sokongan pengunjung laman ringantangan ini, maka akan cukuplah peruntukan itu. :)

2012-07-25-802 

Terima kasih Allah yang mengurniakan kefahaman untuk saya mempraktikkan ilmu tukar tiub.

 

Tanpa udara kita binasa. Sungguh udara itu Allah punya. Selamat menjalani ibadan Ramadan.

Last modified on Wednesday, 25 July 2012 23:07
comments powered by Disqus

Artikel lain

  • Ulasan buku; Suu Phea
  • Book review; Jungle of Hope
  • Book Review ; Bloggers Boot Camp
  • Latihan kecemasan, kebakaran & CPR
  • Pokok yang dah lama tak tengok

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Google Plus Badge