Bertempat di rumah kebun, atas permintaan nenek (moyang Naufal), majlis kesyukuran kecil-kecilan diadakan, bersempena dengan ulangtahun kelahiran Naufal yang pertama. Menu makanan utama? Semestinya kek coklat hasil tangan Mak Ngah yang dibakar khas untuk Naufal.
Majlis kesyukuran Naufal menginjak usia setahun.
08 April 2012
Majlis kecil-kecilan sahaja, jadi jemputan juga sekadar sanak saudara terdekat. Banyak hadiah yang diberi oleh saudara mara kepada Naufal. Terima kasih banyak. Tak kurang juga Tok Abah, Mak Long, Che' Su yang berada di Kelantan, menelefon di awal pagi mengucapkan selamat hari lahir kepada Naufal.
Tak dilupakan, rakan-rakan Facebook yang turut mendoakan kesejahteraan buat Naufal. Terima kasih banyak.

Ringantangan.com
Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.
Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".
Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.
Terima kasih, thank you.