ringantangan.com

    Amirul Faiz
In Kerja

Pameran Penyelidikan dan Kesihatan UKM.

Pameran selama sehari ini dilangsungkan di PPUKM. Tujuan utamanya ialah memurnikan jaringan kerjasama antara kumpulan penyelidikan. Ada banyak kumpulan penyelidikan di bawah nic teknologi kesihatan & perubatan ini. Kumpulan-kumpulan ini dikelompokkan kepada :

  • Kanser dan Sel Stem
  • Mekanisme Penyakit
  • Antioksidan & Metabolisme
  • Perubatan Regeneratif
  • Produk Semulajadi
  • Sistem Kesihatan dan Beban Penyakit
  • Kejuruteraan Bioperubatan

Apa yang menarik di pameran ilmiah ini?
Sampel makanan percuma.


Daun kaduk, jika dimakan begitu saja, mungkin tidak sedap, jadi daun kaduk dicampurkan dengan makanan lain. Daripada kajian kumpulan ini, daun kaduk boleh mengurangkan stres. Ekstrak dari daun kaduk bertindak balas dengan enzim yang menghasilkan stres. Dari kajian lain pula, daun kaduk boleh merendahkan kolestrol dalam badan.

Gambar menunjukkan aorta yang tersumbat, aorta yang dirawat dengan streptovisin, dan juga aorta yang dirawat dengan ekstrak daun kaduk.
Menarik bukan?

Apa lagi yang menarik?
Banyak betul hasil penemuan dari penyelidikan yang dijalankan. Antara yang menarik ialah mencari novel (baru) antibiotik. Kumpulan ini mencari antibiotik yang berpotensi dibangunkan dari actinomycin yang dikultur dari sampel tumbuhan.

Gambar actinomycin yang dikultur dari pokok yang diambil dari Hutan simpan UKM.

Ada yang menarik lagi ke?
Cabutan bertuah. :)

Tapi tuah tidak menyebelahi saya hari itu.

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS
Read 1268 times Last modified on Friday, 03 February 2012 18:47
  Amirul Faiz

Seorang abah yang perlu banyak belajar, moga menjadi contoh yang baik buat anak dan keluarga. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya.

www.ringantangan.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Ringankan Tangan :)

Home Blog Kerja Pameran Penyelidikan dan Kesihatan UKM.