Pokok yang dah lama tak tengok

Waktu kecil dahulu, selalu panjat pokok ni, sekarang pokok ni dah tiada lagi di halaman rumah di kampung. Bila terpandang pokok ini, teringat kembali zaman kanak-kanak ceria dahulu. Di pokok inilah tempat saya bersenggayut, panjat-memanjat memakan buah. Dah bertahun-tahun lamanya tak makan buah ceri ni.

Pokok getah ni pula, bukan dah lama tak nampak, banyak ladang getah tepi jalan. Tapi dah lama tak tengok pokok getah ni dekat-dekat. Lebih-lebih lagi, dah lama tak tengok pokok getah ni ditoreh. Pokok getah ni ditoreh tak cermat, kata mak "ni dah luka ni, kalau estet manager nampak ni, kena marah ni." "Nape kena marah?" tanya saya. "Ye laa, bila dah luka, bahagian yang kuarkan getah tu dah tak tumbuh lagi, kurang le getah yang boleh dapat" jawab mak. "Ooo.." saya melopong, malu sendiri dalam hati, graduan Bioteknologi Tumbuhan, tak berapa arif pasal tumbuhan. Hehe.

Last modified on Saturday, 03 November 2012 06:07
comments powered by Disqus

Artikel lain

  • Aktiviti di hujung minggu
  • Mandikan anak 8 bulan
  • Kedai makan Restoran Yus
  • Sokongan, backup, data web Joomla kita.
  • Kek Secret Recipe, kejutan buat isteri.

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Google Plus Badge