Membeli-belah di Karachi

Di sepanjang 3 minggu saya berada di Karachi. Pihak pengurusan Guest House ada menyediakan slot masa untuk pelatih-pelatih antarabangsa pergi membeli-belah/bersiar-siar di bandar-bandar sekitar Karachi. Slot masa tersebut ialah pada petang Jumaat selepas dari solat Jumaat, pada pukul 4:00 petang. Ada 3 tempat yang telah kami lawati, Tariq Road, Saddar, dan juga kompleks beli-belah (Milenion).

 

 

Tariq Road
Perjalan dari ICCBS, Kampus Universiti Karachi, ke Tariq Road, mengambil masa lebih kurang 40 minit, seingat saya. Tak sedar masa berlalu, kerana terlalu ralit memerhatikan suasana di sepanjang perjalanan.


Di Tariq Road, banyak barangan yang boleh dibeli, antaranya pakaian, tekstil, perhiasan diri, pinggan mangkuk, dan bermacam lagi barangan keperluan harian. Cuma yang saya tak jumpa, deretan kedai-kedai menjual alat-alat elektronik.


Saddar
Pada Jumaat minggu kedua pula, kami ke Saddar. Kawasannya lebih besar berbanding Tariq Road dan variasi barangan yang dijual juga lebih banyak. Di sini kami melewati deretan kedai elektronik dan juga deretan kedai-kedai tekstil.

Kompleks beli-belah (Millenium Mall)
Pada Jumaat minggu ketiga (2 Dis 2011) pihak pengurusan tidak mengaturkan perjalanan membeli-belah kerana dikhuatiri, suasana pada waktu itu tidak sesuai.

Tahukah anda? Pakistan bercuti pada tanggal 9 & 10 Muharram. Mereka yang menganut ajaran Syiah akan merayakan Hari Asyura itu dengan cara yang ekstrim (menyakiti tubuh badan).


Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan perkara buruk berlaku, pihak pengurusan mengambil langkah tidak mengaturkan sebarang perjalanan bersiar-siar. Walaupun Jumaat ini baru 6 Muharram.


Millenium Mall saya kira seperti Mini Mahkota Parade, (saya orang Melaka, jadi yang kompleks beli belah yang paling familiar ialah MP). Ada banyak jenis kedai, kedai kasut, baju, kain, dan sebagainya.

Akhir sekali, penutup kepada cerita jalan-jalan di Karachi ini, mari saksikan rakaman amatur suasana trafik di Karachi. Dirakam dari dalam beca bermotor (auto-rickshaw/tuk tuk, alaa.. yang macam kat Thailand tu).

 

comments powered by Disqus

Artikel lain

  • Berkomunikasi dengan anak (Naufal 10 bulan)
  • Small green snake eating a cengkarung
  • Flow Cytometer, pencirian sel-sel berdasarkan pancaran laser
  • Benda yang paling jauh, masa yang lepas
  • 5 bahasa kasih sayang kanak-kanak.
  • Cuba buat kuih

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Google Plus Badge