Saya mahu berkongsi dengan anda antara menu makanan yang saya makan disepanjang 3 minggu saya berada di Karachi. Saya menginap di Guest House, International Center for Chemical and Biological Sciences (ICCBS). Saya akan poskan entri tentang bilik penginapan saya. Bilik yang disediakan selesa, ada kemudahan internet, makanan juga disediakan. Makanan disediakan di Dining Hall, walaupun namanya Hall, tapi saiznya kecil seperti bilik. Untuk makan tengahari dan juga makan malam, saya perlu bayar 130 Rupee sehari.
Makan-makan di Karachi
01 December 2011

Berikut adalah antara menu makanan yang saya makan di sini (Makan tengahari dan makan malam). Sarapan tidak disediakan untuk golongan pelajar / pelatih seperti saya. Tapi kalau nak juga, boleh minta, tapi bayaran akan bertambah.

Burger Karachi yang saya makan tempoh hari adalah makanan yang saya beli di kedai di luar ICCBS ini.
Orang Pakistan suka makan capati, mari tonton Mr. Jamal (umur 22 tahun) memasak capati di dapur Dining Hall.

Ringantangan.com
Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.
Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".
Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.
Terima kasih, thank you.