Duduk makan bersama cendiakawan

Segan rasanya bila orang yang sarat dengan ilmu ajak makan bersama. Makan tengahari tadi saya diajak menikmati bersama-sama juadah makanan Pakistan bersama dengan tuan guru Dr. Muhammed Ahmed Mesaik dan juga rakan makmal Brother Ahmed serta Brother Omer. Mereka bertiga semuanya dari Sudan. Mereka bertutur dalam Bahasa Arab. Saya hanya menjadi pendengar sahaja. 'Laa astathi' an atakallam billughah al-'arabiah' :D

 

Aduh makin bulat nampaknya saya dari pandangan sisi. :)

 

Jadi mereka akan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan saya. Satu-satunya bahasa asing yang saya agak mahir. Huhu, rasa penyesalan menyelinap, tatkala suatu masa dahulu saya belajar bahasa Arab, hanya kerana mahu lulus peperiksaan. Betapa singkatnya pemikiranku waktu itu.

Menu makan tengahari tadi, capati, dicecah dengan kuah kari yang masak dengan kacang kuda serta telur rebus, serta kentang yang dimasak kari pekat. Saya tak pasti, saya agak masakan itu kari. Hehe. Main agak saja.

 



Betapa kagumnya diri melihatkan perwatakan Dr. Ahmed yang begitu sederhana. Sungguhpun sarat dengan ilmu sainsnya, hal-hal agama kukuh tersemat didalam kalbunya. Lalu diterjemahkan dalam perilakunya.

Waktu asar tiba, sempat beliau mengajak saya ke surau yang terdekat. Moga mengalir keberkatan dalam hidupku, hasil berdampingan dengan orang yang hebat seperti beliau.

 

comments powered by Disqus

Artikel lain

  • Lempeng, kek kuali (pancake), resepi syok sendiri
  • Menukar paip sinki
  • Selamat ulangtahun kelahiran, wahai anakku, Naufal
  • Arnab tak mahu tidur lagi, cabar kura-kura berlumba pusingan kedua.
  • Sokongan, backup, data web Joomla kita.
  • Joomla! DJ-Image Slider.

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Mesej Anda