Ketua kumpulan penyelidik Drugbio, Prof. Dr. Ibrahim merancang supaya ada staf makmal yang boleh menjalankan eksperimen bioasai, terutamanya yang berkaitan dengan immunomodulatori. Prosedur eksperimen yang sudah mantap (established) ini banyak yang dibangunkan oleh Dr. Muhammed Ahmed Mesaik. Oleh itu, saya diarahkan oleh Ketua Kumpulan Penyelidikan untuk pergi berlatih teknik-teknik menjalankan eskperimen bioasai tersebut.
Latihan 3 minggu di Karachi, Pakistan.
25 November 2011
Dari kiri; saya, Bro Ahmed (Sudan), Asif, Dr. Ahmed, Kanchana (Sri Lanka), Bineesh, Almas, Dr. Lakshmi.
Ada dua asai (assay) yang telah saya pelajari dari pelajar sarjana terdahulu, Sdr Abdi yang telah mempelajarinya dari Dr. Muhammed Ahmed Mesaik. Untuk membolehkan banyak lagi bioasai yang boleh dijalankan di fakulti nanti, saya belajar terus di makmal Dr. Muhammed Ahmed Mesaik.

Institut penyelidikan dimana saya dihantar berlatih ini ialah International Center for Chemical and Biology Sciences (ICCBS), yang terletak didalam kampus Universiti Karachi.
Setakat ke hari ini, saya telah sempat mempelajari asai Nitrite Oxide dan juga T-Cell proliferation. Ada lagi 2 teknik yang saya akan belajar, moga masa seminggu yang berbaki cukup untuk saya pelajari.

InsyaAllah, mudah-mudahan saya akan dapat mendemonstrasikan teknik ini kepada pelajar yang menjalankan kajian ini nanti.

Ringantangan.com
Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.
Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".
Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.
Terima kasih, thank you.