Menakjubkan, bila dapat merasai pengalaman menaiki kapalterbang. Alhamdulillah, tahun ini, merasa lagi saya peluang naik kapalterbang. Tahun lepas jarak penerbangannya singkat sangat, 45 minit. Kali ini jarak penerbangan jauh, 5 jam, Kuala Lumpur ke Karachi, Pakistan. Pengalaman lepas mengajar saya supaya berada di Lapangan Terbang 2 jam lebih awal dari waktu penerbangan. Maka kali ini, saya berada di KLIA 3 jam lebih awal. Jadual penerbangan pada pukul 12:40 tengahari.
Tak selalu dapat naik kapalterbang
25 November 2011

Wajah-wajah yang menghantar saya ke lapangan terbang. Kasihan mak, abah, mengantuk sungguh menunggu di KLIA. Naufal pun mudah tertidur. Sedih rasanya mahu meninggalkan keluarga, tapi begitulah masam manis kehidupan.

Cerita dari orang yang tak selalu dapat naik kapal terbang.
Hehe, ada rasa jakun sikit. Ruang dalam kelas ekonomi pesawat MAS ini agak selesa. Dengan sistem audio untuk hiburannya, ruang kaki yang luas, takdelah kaki rasa sempit. Tapi sayang, kali ini saya tak dapat duduk tepi tingkap.

Di sepanjang penerbangan, mula-mula penumpang diberi snek ringan kacang masin dan air jus dalam 100ml saya agak. Dah lama sikit tu, kami diberi makan tengahari pula. Ada dua pilihan, stik daging atau nasi ayam rendang. Nasi yang saya pilih. Leganya dapat makan. Ada ais krim Magnum Classic pula pencuci mulut.

Alhamdulillah, saya selamat sampai di Lapangan terbang Karachi pada pukul 4 petang waktu Pakistan. Syukur sangat, dapat peluang naik kapal terbang. Tapi lebih seronok jika dapat terbang bersama dengan keluarga. InsyaAllah, suatu hari nanti.

Ringantangan.com
Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.
Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".
Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.
Terima kasih, thank you.