Ziarah ke rumah Abdul Lokman.

Setelah lebih dua bulan rakan baik Abdul Lokman bergelar bapa, baru tadi dapat saya ziarah dan melihat sendiri kecomelan anak perempuannya, yang diberi nama Hanani Yusna. Moga sihat, dan dalam naungan Allah sentiasa, buat Bedul sekeluarga. :)

Kami dahulu satu sekolah menengah, SMK(A) Sultan Muhammad, kemudiannya berkongsi bilik semasa di kolej penginapan Keris Mas, UKM.

Masa yang berlalu, begitu pantas, tak sedar sungguh. Masing-masing dah bergelar bapa. Kalau dulu hanya risaukan tentang pengajian, kini, kerisauan bukan takat itu sahaja, risau sudah bercampur gaul dengan pelbagai lagi rencam kehidupan berkeluarga.

comments powered by Disqus

Artikel lain

  • Disqus 2012, penambahbaikan terbaik
  • Korban di Kampus KL
  • Naufal masuk 9 bulan
  • Cari lengkuas hutan (alpinia sp.)
  • Flow Cytometer, pencirian sel-sel berdasarkan pancaran laser
  • Kami menjual karipap kentang dan sardin

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Google Plus Badge