Bertemu pengendali akubiomed.com

Pertemuan yang tak dirancang oleh kami. Pertemuan yang dirancang oleh Allah, tanpa pengetahuan kami. Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kasih dan rahmatNya kepada semua makhluk yang bersilatur-rahim. Rakan di dunia maya diteruskan di dunia nyata.

 

Berita takziah

Malam 6 Ogos 2012, saya dikejutkan oleh berita takziah. Ayahanda kepada seorang pensyarah di Fakulti Farmasi, UKM telah kembali ke rahmatullah. Warga fakulti merancang untuk menziarahi beliau di Pokok Mangga, Melaka. Kami tiba di rumah beliau kira-kira jam 10.45 pagi. Suasana hening menyelubungi perkarangan isi rumah. Hal ini merupakan tuntutan dalam agama kita, menziarahi orang yang sakit, menziarahi rakan-rakan yang ditimpa musibah, mengukuhkan tali silaturrahim, menjadi iktibar buat kita yang masih bernafas. Sungguh kita ini milik Allah, dan kepadaNya jua kita akan kembali. Al-Fatihah buat roh ayahanda Dr. Mohd, moga rohnnya dicucuri rahmat. Ameen.

 

Disapa pengendali akubiomed.com yang terkenal itu

Kami berjabat tangan, dengan semua hadirin, termasuk Dr. Mohd, tanda minta izin mengundur diri untuk kembali ke tempat kerja. Dalam leka bersalaman, tiba-tiba saya disapa oleh wajah yang pernah dilihat, tapi dimana ya? Langsung beliau memperkenalkan diri. Oh! patutlah macam pernah pandang, rupanya selalu tengok muka beliau di dunia online, di kalangan blogger prolifik tanah air. :) Beliau yang saya maksudkan ialah pengendali blog akubiomed.com.

 

Seronok rasanya dapat bertemu dengan rakan online, lebih-lebih lagi apabila berkongsi minat yang sama iaitu berblog. Ini merupakan pertama kali saya bertemu dengan blogger yang saya kenal dari dunia online. Dan lebih istimewa, pertemuan ini tidak dirancang. Ada elemen-elemen kejutan (surprise)!

 

Bertukar-tukar pandangan

Saya fikir, pengendali blog akubiomed.com punya banyak ilmu dan pengalaman dalam dunia blog. Khususnya apabila bercerita tentang ranking blog, masa muat turun (downloading time), kata kunci (keyword), trafik, pelawat unik (unique visitor) dan sebagainya. Dan yang paling saya segan "dah lama tak update blog?" tanya bro akubiomed. Ehehe, segan nak jawab. Bagi jawapan klise je lah, "sibuk dengan kerja, hehe". :D

 

Kecilnya dunia

Dari pertemuan dalam sesi ziarah ke rumah orang meninggal, baru saya tahu, bro akubiomed ini bersaudara dengan pensyarah di Fakulti Farmasi ini, mereka sepupu, saya kira. Tak sangka juga, bro akubiomed akan berhari raya di Melaka. Sedang saya pula beraya jauh dari Melaka, di kampung halaman isteri, Gua Musang.

 

Kecilnya dunia, bukan takat hanya merujuk pada kawasan, memungkinkan kita bertemu dengan rakan yang kita sangka jauh.

 

Kecilnya dunia, juga merujuk kepada singkatnya masa kita di atas dunia, memungkin kita bertemu dengan kematian yang kita sangka jauh.

 

Oleh itu, sentiasalah menjaga silaturrahim antara kita.

 

Terima kasih kepada bro akubiomed yang sudi menyapa saya.

 

2012-08-07-829
comments powered by Disqus

Artikel lain

  • Arnab tak mahu tidur lagi, cabar kura-kura berlumba pusingan kedua.
  • Naufal, gelak dan kopiah
  • Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!
  • Menggaul simen
  • Book Review ; Bloggers Boot Camp
  • Popiah basah, resepi mak

Ringantangan.com

Laman ini diwujudkan pada 28 July 2011. Tujuan laman ini ialah untuk saya belajar bagaimana membangunkan sebuah laman web menggunakan Joomla!.

Saya namakan laman ini ringantangan sempena pepatah Melayu, "ringan tangan". Ada yang kata "ringan tulang", tapi saya fikir yang betulnya ialah "ringan tangan" lawan kepada "berat tulang".

Disini juga saya berkongsi sambil belajar dari rakan-rakan lain tentang blog, sains, buku, contest, dan sebagainya. Mari berkongsi pandangan / idea / pendapat.

Terima kasih, thank you.

Google Plus Badge