Syukur pada Ilahi, kerana diri ini dijodohkan dengan isteri yang suka mencuba pelbagai resepi. Tidak hairanlah kenapa saya bertambah bulat dari hari ke hari. Hehe. Percubaan terbaru isteri, memasak puding marble. Saya tak pasti dari mana dia mendapatkan resepi puding marble tersebut, tapi yang pasti, bila datang mood memasak itu, isteri tanpa berlengah masa, terus mengayak tepung.
Alhamdulillah, Naufal dah mula perlahan, terkedek-kedek berjalan. Rasa risau masih ada, takut-takut dia terjatuh kerana terlalu asyik dengan seronoknya dapat berjalan. Bagi menggalakkan lagi dia berjalan, kami bawanya ke Taman Tasik Cempaka. Naufal tak suka pakai kasut, tapi bila dah dapat berjalan, dia dah tak berusaha nak tanggalkan kasutnya lagi.
Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa perlu diberi perhatian yang seirus. Risiko kemalangan di tempat kerja sentiasa ada, dan kita perlu bersiap sedia setiap masa mencegah dan menangani hal tersebut. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Farmasi, telah menganjurkan latihan kecemasan, kebakaran & CPR.
Sudah 4 minggu kami berniaga kecil-kecilan menjual karipap kentang dan sardin di kantin Kampus KL. Isteri yang memasak inti, menguli tepung, mencanai doh, saya membantu mengelim tepi karipap. Alhamdulillah, karipap kami habis dijual. Permulaannya, kami menjual sebanyak 36 biji, kemudian, setelah agak mahir, bilangan karipap yang dijual sekitar 70 ke 80 biji setiap pagi.
Novel Tarbiah terbitan Galeri Ilmu ini dinukil oleh Munie Asra. Terpikat untuk membelinya kerana terpandangkan iklan drama Keimanan Cinta dalam Majalah Anis. Akan tetapi, tiada peluang menonton siri drama Keimanan Cinta kerana kami tidak melanggan siaran AStro. Namun begitu, puas juga dapat membaca dan menghayati karya ini.
Saya berpeluang untuk turut mewakili Kampus KL bagi acara sukan ping pong pada tahun ini. Pasukan ping pong kami dianggotai oleh Pn. Rahaida, En. Khairul, En. Razi, En. Saufi, En. Qushairi, En. Mustaffa dan saya. Ada lima acara, perseorangan pertama, perseorangan kedua, beregu lelaki, beregu campuran, dan beregu eksekutif. Kami tiada wakil dalam beregu eksekutif.
Majlis kesyukuran Naufal menginjak usia setahun.
Written by Amirul Faiz Published in KeluargaBertempat di rumah kebun, atas permintaan nenek (moyang Naufal), majlis kesyukuran kecil-kecilan diadakan, bersempena dengan ulangtahun kelahiran Naufal yang pertama. Menu makanan utama? Semestinya kek coklat hasil tangan Mak Ngah yang dibakar khas untuk Naufal.